Khamis, Mei 12, 2011

SAPURA AUTO JALAN TUN RAZAK







Lulu ke Sapura Auto Jalan Tun Razak bersama kawan untuk menghantar keretanya servis. Tidak lepaskan peluang lulu untuk menjengah surau yang disediakan di tingkat 2 ini.
Ruangnya tidak besar tetapi selesa dengan penghawa dingin. bersaiz kecil mungkin kerana pekerjanya tidak ramai Islam mungkin(?).

RATING - B

PERHENTIAN REHAT SERI KEMBANGAN - MEX HIGHWAY (KL KE PUTRAJAYA)







Semalam takut tidak sempat solat Asar dirumah, maka dalam perjalan pulang dari pejabat Lulu singgah di hentian seri kembangan di MEX highway yang menghala ke Putrajaya dari Kuala Lumpur.

Sangat puas hati dengan keadaan suraunya. Bersih, kemas dan praktikal. Ruangnya luas dan tinggi - tidak berasa lemas didalamnya.

Boleh berjemaah mengikut jemaah lelaki kerana dinding antara surau lelaki dan surau perempuan terbuka di bahagian atasnya. Suara imam boleh kedengaran dengan jelasnya.

RATING - A