Isnin, Julai 12, 2010

COLUMBIA ASIA HOSPITAL, PUCHONG









Kakak Lulu admitted to Columbia Asia Hospital dekat Puchong. Lulu ambil kesempatan untuk menggunakan tandas dan surau yang disediakan. Seperti gambar gambar yang Lulu loadkan diatas, ternyata surau dari awal telah diperuntukkan, bukan hanya sekadar sediakan bilik untuk surau. Lulu puas hati dengan kebersihannya (mungkin kerana tidak ramai yang menggunakannya kot?). Paling Lulu suka kerana didalam surau ini ada disediakan tandas. Double thumbs up!!

Rating Lulu = A (kerana disediakan tandas didalamnya)

ALAMANDA, PUTRAJAYA


tempat solat yang spacious


tempat wuduk yang selesa


Lulu ke Alamanda untuk menonton wayang bersama rakan. Berkejar ke surau untuk solat sebelum masuk ke panggung. Hanya 2 gambar ini sahaja yang sempat Lulu ambil. Senang hati Lulu melihatkan keadaan suraunya. Cantik, bersih dan selesa. Jelas surau ini ada didalam plan tukang bina bangunan ini. Syabas!! Jika anda ke Alamanda, tidak perlulah risau akan keadaan suraunya.

Rating Lulu = B+

Isnin, Julai 05, 2010

PUSAT AKUATIK NASIONAL, BUKIT JALIL

keadaan ceiling yang tak ada maintainance

menjadi tempat simpan barang-barang lebihan

ala kadar - cebisan carpet menjadi alas

seperti melepaskan batuk di tangga

berus? sabun? berdaki?

asal boleh

Pusat Akuatik Nasional adalah kebanggaan negara kerana ianya merupakan pusat kepakaran sukan yang menurut segala keperluan juga piawaian dan peraturan yang rapi oleh Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) dengan keluasan keseluruhannya adalah 28,000 meter persegi. Di pusat ini terdapat kolam renang bersaiz olimpik, kolam terjunan dan kolam latihan. Ianya boleh memuatkan penonton seramai 4,000 orang dan boleh memuatkan seramai 2,000 tambahan tempat duduk sementara untuk penonton. Kawasan berhawa dingin untuk VIP mempunyai dua aras.

Bagaimana dengan kemudahan asas seperti tandas dan surau? Lulu kerap juga kesana untuk berenang. Tempat salin pakaiannya luas dan bersih. Tempat mandinya tidak berapa 'antarabangsa'. Paip yang rosak tidak segera diperbaiki (fenomena biasa di negara kita mungkin???). Suraunya pula sangat menyedihkan. Gambar-gambar yang Lulu loadkan ialah gambar suraunya. Hanya sebuah bilik yang mempunyai satu bilik air yang ala kadar disediakan. Cebisan karpet sebagai alas yang hanya boleh memuatkan 2 orang solat pada satu masa sahaja terbentang. Barang-barang yang tak sepatutnya berada dalam surau pun ada diletakkan seperti sudah tiada tempat lain untuk disimpan barang-barang itu. Ceilingnya pula seperti tidak pernah dibuat maintainance-nampak terbiar. Bilik air tiada sampah- mungkin sebab tidak ramai yang menggunakannya tetapi berdaki seperti tidak dicuci atau dibersihkan.

Assalamualikum....

Salam untuk semua dari saya Lulu. Lulu register blog ini untuk share dengan semua apa yang Lulu lihat dan alami. Sebagai rakyat Malaysia, Lulu rasa bertanggungjawab untuk mengutarakan perkara perkara yang dianggap remeh oleh sesetengah pihak. Harapan Lulu semoga blog Lulu ini dapat menyedarkan semua pihak dan inilah sumbangan Lulu untuk tidak terus memalukan negara kita.